Saturday, 19 August 2017

Review: Restauran Sethangbath Seafood

Assalamualaikum(wbt)

Semalam,19/8/2017 aku tengok wayang di GSC Nu Sentral.Cerita The Hitman Bodyguard.Filem aksi yang dibintangi pelakon hebat Ryan Reynolds yang digandingkan bersama pelakon Samuel L Jackson.Filem aksi yang padat dengan aksi-aksi yang cemas dan mendebarkan.Sangat sesuai untuk pencinta filem aksi tetapi tidak sesuai untuk kanak-kanak.So,jangan korang bawak anak,adik,atau anak buah yang belum cukup umur!ingat.

so selesai je tengok wayang around 6.40 petang camtu,kami terus gerak balik tapi sebelum tu aku decide untuk makan malam dulu.Perut pun berkerocong macam-macam lagu.Suami decide untuk makan dekat kedai feveret dia dekat Taman Samudera,port lepak kami waktu bujang.Balik melalui arah sentul kami sempat jugak berhenti di DIY sentul untuk beli barang.Lepas beli apa yang kami pelukan terus kami bergerak dari DIY.Makin lama makin banyak yang aku beli,Paham-paham la kalau masuk DIY ni segala mak nenek aku nak beli.

Sampai di trafik light area Tanah perkuburan Raudhatul Sakinah(kalau tak silap),sementara tunggu taffic light bertukar hijau aku terpandang kedai makan "Sethangbath" ni,banyak kali aku lalui jalan ni sebab suami kerja area sini dan for sure akan lalu jalan ni setiap hari.Aku dah lama teringin nak makan kat tempat ni memandang aku ni food lover memang aku suka cuba makan kat tempat-tempat yag belum pernah aku kunjung.So suami pun berhenti kat kedai ni.

dari depan kedai

masa aku masuk memang tak ramai customer,susunan meja pun teratur.Keadaan kedai bersih tu yang penting.
Dari mula masuk,depan kedai dah ade stall mee celup,rojak buah,western,somtam,dan keropok.Tak silap aku ade juga pulut mangga.At first memang nak makan mee celup sebab aku ni peminat tegar mee celup.Tapi memandangkan agak lapar time tu nak perut pun minta nasi so aku tukar menu lah.Aku pilih set "set kampung"
set kampung ni ada Ikan singgang serta ulam dan budu,telur dadar tapi kami tukar pada telur bungkus dan daging goreng juga kami tambah somtam dan keropok lekor.

Kami tak menunggu lama pun,somtam yang sampai dulu.So aku makan somtam.Bagi peminat somtam bagi aku somtam disini aku rate kan 2.5 daripada 5 markah.Mungkin tak kena dengan selera aku.Rasa masam manis yang memang patut ada pada somtam cuma terlebih masam.






makanan kami tiba selepas somtam,kami tak menunggu lama mungkin sebab orang tak ramai.
teh o ais dan teh o suam

ikan singgang

ikan singgang dia memang terbaik bagi aku,masam-masam manis,masin dia cukup rasa.Dihidang sempurna bersama budu dan ulam kangkung rebus tapi aku lebih prefer ulam seperti bendi,kacang botol atau timun.


menu lain adalah daging goreng dan telur bungkus.





daging goreng dia lembut,cuma mumgkin sedikit garing tapi bagi aku okey sebab daging lembut.Dan telur bungkus tu suami aku yang habiskan sebab dia hantu telur bungkus.Aku tengok licin je maksudnya okey lah.

set kampung bersama somtam dan keropok yang tak sampai.Semuanya bernilai Rm 39.50,korang nilaikan sendiri.

next time aku akan review tempat lain pula

Friday, 11 August 2017

TEMUDUGA PEMBANTU PERAWAT KESIHATAN U11(SPA)

Assalamualaikum (wbt)

Sedikit kesibukan dunia telah membuat aku lupa untuk terus update blog yang tak seberapa ini.
Hari ini berkerja seperti biasa.Cuma kurang sibuk jadi aku punya masa untuk mengetuk keyboard

hari ini aku nak kongsikan pengalaman aku sewaktu temuduga.So begini cerita dia.Sebelum ni memang aku pernah di panggil temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, beberapa kali.Tapi setelah sekian lama,dua minggu lepas aku telah mendapat satu pesanan ringkas SMS dari pihak SPA,untuk temuduga bagi jawatan Pembantu Perubatan u11.Waktu tu aku usai solat,aku terlalu happ,terus lipat sejadah dan telekung.Balik ke opis dan bukak laptop untuk sahkan.Alhamdulilah memang betul aku dapat temuduga itu.

Tarikh temuduga adalah pada 8 ogos,jam 10 pagi bertempat di Pusat temuduga SPA di jalan cenderasih.
aku kol suami dan bagitahu dia.Mulanya dia seakan keberatan.Setelah aku yakinkan dia,syukur dia pula makin excited.

Oleh kerana first time aku dapat interview di dalam kl,(sebelum ni kelantan dan putrajaya).Kami terus mencari lokasi temuduga tu.Bukan apa,kami taknak terlambat untuk hari temuduga nanti.Selain itu,aku ade buat research pasal tips untuk temuduga dan soalan-soalan yang insyallah bakal disoal sewaktu temuduga.Alhamdulilah sangat membantu aku!

Pada hari temuduga,aku memakai baju kurung lebih elok kalau korang pakai warna yang lembut.Tudung pula warna lebih kurang sama cuma gelap sikit bagi kontra sikit.Aku pakai plain tanpa corak cuma baju aku sedikit lace dan manik dibahagian tangan.Aku bertolak pada pukul 9 pagi sampai sana dalam 15 minit perjalanan.Suami tunggu dibawah dan hanya calon yang dibenarkan naik ke bilik pendaftaran.Di bilik pendaftaran aku melihat nama aku di dinding,di situ ade diletakkan nama dan bilik untuk temuduga.BILIK D Bilik yag bakal aku masuk sebentar lagi.Sebelum tu,waktu pendaftaran mereka akan mintak kau susun sijil mengikut susunan dan bawak sekali sijil ORIGINAL!Dan jujur aku katakan pada hari itu,ramai calon tidak membawa SURAT TAWARAN.
FIRST IMPRESSIONS adalah sangat penting,jangan lupa benda-benda yang penting.

Urusan pendaftaran tak sampai 5 minit sebab aku siapkan segala sijil.Copy dan original.Sesudah itu aku terus bergerak ke ruang menunggu untuk temuduga.Calon agak ramai(bukan untuk jawatan ppk sahaja)dua orang calon sebelum angka giliran aku dipanggil.Bagai menunggu untuk dijatuhkan hukuman.Resah gelisah,peluh dan panik.a.Aku berselawat banyak-banyak agar hilang debaran ni.

Bila tiba sahaja giliran aku.Aku bangun dan ketuk pintu.Buka sahaja pintu.Dua orang penemuduga,lelaki dan perempuan sekitar 30 an,mungkin.Aku terus bagi salam memandangkan kedua-duanya beraga islam.Aku dipelawa duduk(jangan duduk selagi tak dipelawa,ingat!)

maka sesi temuduga pun bermula:-

(soalan banyak ditanya oleh penemuduga lelaki, aku ringkaskan disini sebagai PL,PP DAN AKU)

PL:   okey Aiza,awak dah sedia?
AKU:insyallah,saya dah sedia.
PL:   Okey kita Mula sekarang.Boleh awak cerita serba sedikit pasal diri awak dalam masa 2 minit?
AKU:Okey terima kasih tuan,NAMA SAYA,UMUR,KERJA SEKARANG,BERAPA TAHUN BERKHIDMAT(cakap yang penting dan jangan melalut)
PL: Itu je?
AKU: Ya,itu je(aku memang blur)
PL: Sampai pukul berapa tadi
AKU: saya sampai pukul 9.15
PL: oh,lambat jugak awak sampai,tadi lama ke proses dekat pendaftaran 
 AKU: tak Tuan,saya patut interview pukul 10,saya yang sengaja datang awal sikit
(saja nak bagitau yang aku ni datang awal,bagus calon ni,hahaha)


PL: Awak dah kahwin?
AKU:Saya sudah berkhawin.
PL :Ada anak?
AKU:belum ada rezeki lagi Tuan.

PP:    Aiza,result awak power,kenapa awak pilih jawatan ini,tak cuba jawatan lain?awak tau jawatan ini untuk kelulusan PMR je kan.
AKU: (kembang hidung,power ke,addmath i fail Puan.huhu)Saya tahu Puan tapi saya memang minat jawatan jururawat ni.Sebelum ni saya ada dapat interview spa untuk jawatan jururawat pelatih u29,saya pergi tapi rezeki bukan untuk saya.Tapi saya tak putus asa,saya selalu update permohonan saya dan saya dapat temuduga untuk jawatan ini.

(pp anguk dengar penjelasan aku)

PL:Awak tahu ke jawatan ni sebenarnya apa tugas dia.PPK ni bukan tugas yang senang.Nampak je senang,tapi tak macam apa yang orang nampak tau?boleh cerita kat saya apa tugas ppk?
AKU:Saya tau Tuan.PPK ni tugasnya banyak dalam membantu kerja-kerja kejururawatan.Tapi selain itu(terangkan tugas dia,nasib aku ade buat search kat google)
PL:Awak tak takut darah?boleh basuh najis pesakit?jangan awak tengok darah awak pulak yang pitam.
AKU:Insyallah saya tak takut dengan darah(BLA..BLA..BLA....)
PL:Boleh kerja shift ke?kalau awak ditempatkan kat hospital ada shift kadang kerja malam tau?kalau kat klinik kesihatan atau klinik 1 malaysia pulak kena kerja weekend.
AKU:Saya berbesar hati kalau dapat normal shift,tapi seandainya kerja saya memerlukan saya untuk bekerja shift,saya terima.Berkenaan kerja pada weekend pula saya boleh kerana saya sudah biasa bekerja pada hujung minggu
PL:(bertanya soalan mengenai KKM,Saja tak nak bocorkan soalan..)
AKU: Alhamdulilah aku dapat jawab lancar,untung sangat sebab ape yang tulis kat notes tu yang itu yang dia tanya.

LAST


PL:Aiza,akhir sekali.Bagitahu saya kenapa saya patut ambik awak untuk jawatan ini
AKU:(bagitahu kenapa aku minat jawatan ini,sebab apa?bagitahu sikap-sikap positif aku yang bersesuaian dengan jawatan ini.Dan janji-janji aku untuk KKM jika aku berjaya.
 

tips dari aku

1)bacalah dan buat la note.TUGAS (jawatan yang dipohon)KEMENTERIAN KESIHATAN(menteri,naib menteri,visi,misi dan info-info lain)
2)search cara nak jawab soalan(sebab banyak soalan saiko korang)
3)datang awal
4)make sure sijil,resume dan surat tawaran semua korang sediakan dan siapkan lebih awal.

semua orang berharap untuk dapat kerja bila dah interview.Ramai yang takut.Takut apa?
takut tak dapat,sila buang benda yang negetif tu.Kalau tak cuba tak tahu kan?
 

 







 

Friday, 14 July 2017

IKAN BAKAR 5 MINIT SEDAP 5 HARI

Assalamualaikum(wbt)

sejak menjadi isteri ni,aku perasan ade satu masalah yang aku akan hadap tiap hari.Masalah yang sama since aku menjadi isteri dua tahun lepas.Aku rasa every wife pun akan hadap masalah ni especially yang dah ada anak.Eh yeke?ke aku jer..

korang tau tak ape masalah dia?tak serius pun tapi aku boleh stress pikirkan benda ni..iaitu masakan..ye masakan,lauk pauk untuk makan tak kisah lunch dinner atau breakfast sekalipun yer adik-adik.Bagi wife yang memang jenis memasak macam aku ni memang mati kutu nak pikir.

"Abang,hari ni nak makan apa"? tanyaku
"ape-ape je abang tak kisah" jawab dia pulak

dan begitulah sehingga dua tahun kami kawen,hahaha.Memang membantu sangat.Kadang-kadang pulak.

"Harini nak masak apa ek?sup?semalam dah sup.Tomyam?eh asyik tomyam jer.Ayam goreng pastu sayur pun goreng,alah simple sangat pulak" bermonolog sendirian hampir tiap hari.

so being a wife mustilah kretip,inovatip.Kadang asyik makan berminyak,bersantan pun tak bagus juga maka isteri pun boleh pitam pikirkan menu untuk makan.

maka selalulah ade resepi campak-campak yang kadang menjadi dan kadang tidak.Biasanya menjadi(ehemmmm puji sikit)

ikan bakar campak-campak

3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
separuh bawang holand
halia sedikit
serai dua batang
cili kering beberapa tangkai(haritu kita terlebih kuah)
garam/gula
perasa/pasti sedap
minyak


cara

blendkan bawang,halia,cili kering dan jugak halia serta serai tu.jangan lupa masukkan garam gula dan sedikit pasti sedap,terasa sedapnya!






susun ikan cantik-cantik,aku guna aluminium foil,untuk balut ikan tu kalau takda tak jadi masalah,ikan tu tak kan hidup balik.


curah bahan blend atas ikan,akhir sekali aku letak sayur sikit kat atas


aku bakar dalam oven dengan suhu 150 selama 40 min,tapi kalau bakar dengan api dari arang lagi rare rasa dia.


Sunday, 18 June 2017

COLEK UDANG KELANTAN MUDAH

Assalamualaikum(wbt)

Bulan puasa adalah bulan paling istimewa bagi umat islam,selain keistimewaan puasa tu sendiri,adanya solat tarawih,moreh,bazar ramadhan.Kalau dekat kelantan aku punya feveret makanan dalam puasa ni adalah colek perut!kenapa aku suka?colek perut ni memang susah nk dapat pada bulan biasa.Sebab tu jugak kot ia spesial bagi aku.

Sejak menetap dekat kl ni nak cari colek perut nak kata susah sangat tu tak adalah sebab sekarang kat fb macam-macam ada.Siap location lagi,tapi nak cari yang sedap tu belum tentu.Haritu aku pergi makan colek perut dekat satu kedai dekat area uptown danau kota.Singgora cafe.Kat situ ulang alik aku pergi makan,dari colek perut,colek udang dan sotong,malah ada colek ikan,colek ayam dan colek buah jugak.Feveret aku adalah colek udang,dihidang panas-panas bersama sos dan sayur-sayur.

Dah kalau tiap ari dok ulang alik pergi mana maunya!so aku pun buat lah sendiri colek udang tu.Dalam satu pinggan colek udang tu,ade udang celup tepung,cucur sayur,salad,taugeh,sos dan ditabur kacang tanah yang dah di tumbuk.







ok first kita start dengan buat cucur udang dulu

bahan-bahan(buat ikut berapa orang nak makan jangan membazir!)

3 cawan tepung gandum
1/4 sudu garam
bawang merah hiris nipis
karot setengah batang(potong panjang2 dan nipis)
kangkung atau daun bawang potong nipis
yis/baking powder(sedikit jer) optional
air secukupnya

campurkan semua bahan kecuali air,masukkan air sikit demi sikit jangan terlalu cair dan jangan terlalu melekat nanti keras plak cucur korang sebab kurang air.kenapa yis/baking powder(nak bagi cucur tu naik dan cantik,aku guna baking powder sebab yis takde.Biarkan kejap cucur berehat dengan amannya!

udang celup tepung

1 cawan tepung gandum
2 sudu tepung jagung
2 sudu tepung beras(optional,tak letak xpe kalau ade gunala dari membazir)
sedikit air
telur sebiji

campur semua bahan kecuali air,air masukkan sikit-sikit.Adunan tu bagi jadi bater.Tak cair,tak pekat.Bila udang dicelup dalam adunan tadi,bater tu melekat kat udang,maknanya adunan tu ok dan tak cair la tu.Panaskan minyak dan goreng.

penting!!

lepas goreng udang guna minyak tu td,gorang lah cucur yang dah berehat ngan aman tadi tu.

sos cili

cili kering segenggam
5 ulas bawang puting
cuka makan
air
gula
garam
kacang tanah tumbok

blend cili kering dan bawang putih,masukkan dalam sauce pan anda ataupun periuk katanya.Masukkan air.Bukala api dapur kau tu..lupa lak nak bagitau!hahahah.
masukkan air secawan lebihla kalau iolss tapi kalau ko buat banyak maka banyakla sikit airnye kang jadi sambal nasi lemak pulak!
kendian masuk cuka,kalau aku main agak jer,tapi kornag gula la dalam 1/4 cawan cuka tu.Kalau rasa kurang maka tambahla sikit-sikit.Masukkan gula,biasanya aku 3/4 cawan tu,namapun sos maka kenala manis.Sedikit garam untuk rasa manis-manis masin tu.

sayur

salad kau potong,
taugeh tu kau cuci la bersih-bersih.

tambahan

keropok ikan kalau yang malas beli dah siapp goreng je

ok bila semua dah siap,ambik pinggan letakla cucur sayur,udang goreng tepung,hancurkan keropok ikan,jangan hancur terus plak,hancur kasar-kasar,letak salad,taugeh dan siram dengan sos tadi dan jangan lupa taburkan kacang tanah tumbok.Sedia di bedal





Saturday, 10 June 2017

Kuah kacang kelantan simple style

Assalamualaikum

antara menu wajib pada hari raya adalah kuah kacang yang dimakan bersama nasi impit.
Memang cukup sedap,enak dan memikat.Ok untuk kali ni aku nak ajar resepi kuah kacang kelantan tapi memang simple style enak dan paling penting mudah dan cepat dimasak.
harap korang mampu sediakan kuah kacang yang enak tahun ni.

bahan-bahannya

1-bawang putih 4-5 ulas-disini aku lebih suka anggarkan sebab korang nak masak banyak mana so korang boleh bajetla sendiri banyak mana korang nak pakai
2-bawang merah 7-8 biji
3-halia 1-2 inchi
4-cili kering  segenggam(potong dan rebuskan dulu)
5-santan(aku pakai kotak yang besar tapi kalau ade masa beli kelapa parut tu pastu perah santan sendiri)
6-gula melaka(aku guna seketul sentengah dan aku tambah gula sikit)
7-kacang tanah yang digoreng tanpa minyak and dikisar

cara-cara dia mudah sangat,sambil masak banyk benda lain kau boleh buat gamaknya.Betul tak tipu.





ok segala bahan di atas korang blend,cili kering,bawang putih,merah dan halia.Korang blend sampai hancur.Sambil-sambil tu korang update fb.kehkeh!


hasil dari blend tapi kau masukkan dalam periuk legend korang dan bukak api,jangan lupa campakkan serai sebatang dua sebagai pembangkit selera.ceh ayat!
kau masak-masakkan kan dengan penuh manja.Kacau-kacau dia.


lalu kau masukkan santan yang freshhhhh dari dalam kotak tu..apa-apa brand je..janji santan.Masa tu kau kacau-kacau kan lagi.


masukkan gula melaka..yang ni aku potong-potong bagi kecik sikit,so dia cepat larut.Jangan letak semua weeeeyyy..bila rasa nak tambah baru tambah.

"biar manis senyuman jangan manis makanan"

dah akhirnya kau masukkan kacang tanah yang sudah dikisah halus mulus semulus kulit aku tu.


masuk sikit-sikit,kacau jangan bagikacang tu ketul-ketul.Lepas tu kacau la lagi sampai kuat pekat dan masukkan garam supaya ade sedikit manis-manis masin sedikit.

gambar yang dah siap dah takde sebab aku masak kan ni untuk majlis opis so dah semua pakat makan gmbar memang dilupakn..huhu

Saturday, 3 June 2017

~Selamat Berpuasa,jom balik kampong~

Assalamualaikum(wbt)

alhamdulilah dah masuk hari ke-8 berpuasa,baru sempat update sebab aku baru ade peluang.Korang punya puasa macam mana?

haritu aku balek kampung,sambut puasa kat kampung oleh sebab aku tak dapat cuti raya tahun ni~wuhuuuuuu.So aku balek kampung 24 hb ,habis kerja kul 4 terus husband ambik dekat tempat kerja and terus bertolak.Mandi pun tak kauuuuu..mihmih!
alhamdulilah,jalan memang lancar dan tak jam,kiteorang sampai dalam 12 malam..sebab masa tu singgah ke umah sepupu.(and singgah mandi kat gua musang kalau tak mau pingsan en suami)


ternyata masakan ibu adalah masakan paling enak di dunia.Betul tak?berpuasa dikampuang dan mak masakkan lauk feveret!terbaik dari segala yang terbaik

my fav ketam sambal

tujuan utama nak balik adalah nak berkumpul dengan ahli keluarga.Since cousin yang lain pun ade balik jugak kiteorang pun plan nak berbukak dekat rumah mak long.Jarang dapat berkumpul ramai-ramai.So 29 hb buatla majlis bukak puasa ngan sepupu sepapat



berkumpul macam dulu-dulu.Bestnya walaupun dah banyak beza.Tapi berkumpul macam ni series buat aku terkenang waktu kecik dulu.




Sunday, 21 May 2017

Anxiety Part 2

Assalamualaikum(wbt)

Seperti yang aku janjikan,aku akan terus share mengenai Anxiety Disorder & Panik Attack.
kiranya aku bukannya orang bertauliah untuk menulis sebarang bentuk penyelesaian bagi penyakit ini.Aku cuma berkongsi rasa ini.Berkongsi pengalaman ni.Sebab penyakit mental makin meningkat dari tahun ke tahun.Dari anxiety boleh berubah ke penyakit mental yang lebih teruk kalau tidak dirawat.

Alhamdulilah...penyakit ini bukanlah 100% sembuh,tapi sekarang aku lebih bijak mengawal.Kadang-kadang jer tebabas.Hahahah.Takpa,semua benda perlukan masa.Insyallah perlahan-lahan aku berusaha keluar dari satu bilik gelap ni.

Dalam entri lepas aku ade bercerita tentang panic attack pertama aku.Selepas 8 tahun.Ya,selepas 8 tahun benda tu datang balik pada aku.Dalam masa 8 tahun tu,perasaan anxious tu selalu je ade dalam pemikiran aku.Takut dengan itu,takut dengan ini.Tapi sepanjang 8 tahun aku tu aku tak pernah diserang "panic attack" which is menangis,mengeletar,menjerit ketakutan.

Pada umur aku 23 tahun,dan lebih kurang sebulan dengan tarikh wedding aku.Masa tu aku banyak masa dengan settlekan barang wedding aku macam hiasan untuk hantaran.Barang semua dah beli cuma benda-benda simple je macam hiasan hantaran,goodies bag.Aku keluar dengan suami yang masa tu tunang aku.kiteorang ke kedai makan untuk dinner sebab aku letih dan tak sempat masak(alasan..kehkeh)sebelum sampai ke kedai,aku sempat makan satay ayam dalam kereta.

Bila sampai je kedai makan,suami aku parking kereta.Tetib aku rasa lain macam,kepala aku macam agak berpusing dan aku rasa aku tak boleh bernafas dengan betul.Aku lupa cara bernafaskah?aku tak boleh menghembus nafas.Pucat muka aku waktu tu.Dalam otak aku?

"eh kenapa ni,adakah aku dah nak mati"
"ya allah,adakah masa aku dah sampai"
 lantas aku teringat kes-kes meninggal mengejut kerana kes sesak nafas.

suami aku waktu tu terus berlari ke kedai dan beli air.Aku masa tu struggling to get some air!dia terus bagi air,waktu aku teguk air,dan air tu keluar balik.Tak tertelan dek kerongkong aku.Suami terus start enjin kereta balik.Bawak aku ke klinik.

sampai di klinik,anehnya aku makin rasa comfort sikit.Doktor cek dan doktor cakap takde masalah.Paru-paru aku takde masalah,nafas aku pon tak tercungap-cungap.Doktor just bagi ubat gastrik.Aku terus balik.Malam tu,dekat rumah macam-macam jadi,aku terkejut,tak boleh tido malam.Seolah-olah aku menunggu masa untuk dicabut nyawa.Aku sedih.Aku nangis.Aku kol suami sebab aku tak boleh bernafas lagi.Waktu tu boleh lihat betapa besarnya pengorbanan suami yang terpaksa ulang alik jaga aku,bawa ke hospital.

Malam aku tak mampu tidor,siang aku mengantuk.Kerja seharian,busy,tekanan 200%!aku kurang bercakap,murung dan aku cuma nak cepat balik dari kerja.Aku banyak google,dan semuanya lebih buat aku takut.Hasil carian?jantung,kanser dan banyak lagi penyakit menakutkan yang menambahkan lagi takut yang sedia ade.

satu hari tu aku balik dari kerja,badan aku penat.Suami ambil aku dari tempat kerja,waktu naik moto aku rasa aku tak boleh bernafas.Kebetulan ade klinik berdekatan.Doktor terus buat ecg(elektrokardigram).Dan resultnya adalah abnormal.Yup,bacaan ecg aku adalah tidak normal.Aku macam dihempap batu.Aku tergamam.Doktor tu sempat tenangkan aku.Doctor tu membuat satu surat refference ke hopspital kl.Malam tu skitar pukul berapa,aku terus ke emergency Hkl.

Dua kali ECG di buat waktu di HKL dan resultnya sama.Doktor tahan aku untuk warded,aku diberi ubat cair darah dan macam-macam lagi.Dan doctor tu suspek ini adalah masalah jantung.Waktu tu,dunia ni terlalu tidak adil bagi aku.Harapan aku hancur,lebur.Angan-angan aku musnah.Waktu aku isi borang untuk warded,aku call ma aku.Dan aku menangis ketakutan.

Waktu stay dekat ward,malam tu banyak kali darah aku di ambik,lebam tangan aku.Bukan apa,sebab selalunya memang agak susah untuk ambik darah aku.Mana-mana klinik aku pergi sekalipun!Nurse kat wad tu alhamdulilah,sangat baik.Suami aku yang tunggu malam tu sebab family aku jauh di kelantan.Malam tu aku tak mampu tidur,pemikiran aku jauh sangat dari dunia nyata.Aku salahkan diri aku,aku salahkan semua orang.

alhamdulilah aku dapat balik on the next day sebab doctor cek darah semua,check up badan tiada tanda-tanda penyakit jantung.Aku baru boleh senyum sikit.Waktu tu kawan aku datang ambik aku..dia dan suami dia,aku terhutang budi sangat kat dia waktu tu.Siapa tahu,antara banyak-banyak kawan,dia yang datang bila tau je aku warded.

masalah tu tak habis disitu jer.Lepas aku balik dari hospital,aku terpaksa pergi sesi temujanji dekat kk berdekatan rumah.Follow up,ambik darah,ambik tekanan darah.Aku pantang nasi,waktu tu aku hanya minum susu jer.Semua suami yang buatkan waktu tu.Alhamdulilah.But still masalah sesak nafas,masalah tak boleh nafas,tak boleh tidur still lagi berterusan.

ma suggestkan aku balik kampung sementara waktu since masa tu wedding day dah dekat.Aku balik sana pon sama,Aku still hadapi masalah tak boleh tidur,sesak nafas,selalu sendawa,muncul simptom-simptom baru masa tu.Tulang rusuk aku sakit macam diperah-perah.Malam tu ma tak dapat tido lena,sebab keadaan aku macam tu.Ma urut aku,sapu minyak panas.Entah pukul berapa aku tertidu,dengan ma kat sebelah,Dengan keadaan abah yang tak lena tidur.

Masa tu aku rasa macam hilang arah,mujur..saat tu suami aku tak pernah menjauh sedikitpun.Walaupun dia terpaksa layan badmood aku,maki-hamun aku sebab aku cepat marah,aku paksa dia tinggalkan aku sebab aku sakit.Akhirnya suami aku terpacak dekat depan umah family aku.Drive dari kl ke kelantan sorang-sorang.Ma bawak aku gi berubat dekat satu tempat rumah tok imam,ramai jugak waktu tu,kami orang second last.
ustaz tu alhamdulilah okay,dia bagi aku air sembahyang hajat,beberapa lagi benda yang di suruh aku buat.Waktu tu dia cakap,takda apapun,ia cuma dalam diri kamu sendiri.

alhamsulilah kiteorang selamat dinikahkan.Jujurnya kalau korang tengok album kawen sebelah aku,gambar tak begitu cantik bukan sebab photographer tapi sebab tu aku takut,takut kene panic attack atas pelamin la.Takut majlis tak berjalan lancar dan waktu tu aku masih dalam keadaan anxiety yang teruk

jujurnya,selepas kahwin pun anxiety ni masih ada.Aku kerap tanya kenapa aku??kenapa aku yang kena hadap semua ni.Malam yang lena tak ada dalam hidup sejak ada anxiety ni.Yang ada sikap ragu,was-was,takut itu dan ini,fobia,trauma.Negetive thingking 98% dalam otak aku.Bila aku cuba pikir something posite,anxiety cepat-cepat kick benda tu..

Satu hari tu,keadaan aku sungguh serabut.Kerja aku banyak terjejas dan satu orang pun tak paham keadaan aku waktu tu.Macam mana kau nak kerja pukul 7 pagi sedangkan pukul 5 pagi baru kau terlena.My life was so miserable.Aku pergi ke satu klinik yang aku tak pernah pergi.Sebab cuma klinik tu bukak pada hari tu(public holiday).Located at danau kota je.Poliklinik zazali.I was lucky that day sebab Dr.zazali sendiri yang bertugas haritu.Aku bercerita sedikit-sedikit pasal masalah aku.Bukan semua!wow he definately can read my mind.Dia cakap waktu aku masuk je dia dah tau aku ade masalah kemurungan dan anxiety.
Banyak sangat info yang dia bagi kat aku.And i really thank him!sebelum ni aku langsung tak tau pasal anxiety untill he told me what is anxiety.All this time i thought it was jantung problem.


for few days je aku rasa semangat,but i went down agai and again.Hkl punya appt lama lagi,appt untuk test jantung aku.Aku mula rasa tekaan Dr.zazali tu salah.What if,aku betul-betul masalah jantung.Korang tau tak "what if" is the biggest problem here.Aku nekad untuk gi private hospital.Aku just tak fikir pasal duit.Aku sayang diri aku,aku nak jadi isteri yang baik,anak yang happykan orang tua.Aku nak keluar dari teka-teki ni.

Finally aku pergi ke KPJ TAWAKKAL(dekat jalan pahang)aku straight ke specialist diaorang atas bantuan nurse kat situ.Aku daftar kat nurse depan bilik specialist tu.A few minutes pakar jantung KPJ TAWAKKAL kat situ masuk DR.ZULKIFLI,aku dipanggil masuk.Dia tanya masalah aku.Aku cerita sama macam kebiasaan aku cerita kat doktor-doktor sebelum ni.Nah,jawapan dia sama macam Dr.Zazali.Tapi,kalau aku nak buat stress test,ecg dan beberapa procedure lain untuk memastikan masalah aku dia akan buatkan demi memuaskan hati aku.Aku setuju.

second visited aku ke hospital tersebut adalah untuk buat beberapa ujian yang doktor cakap tempoh hari.Macam-macam procedure jugak aku buat.Lama jugak,ultrasound kat jantung aku(echo).Alhamduliah,syukur.Lepas semua ujian tu dibuat doktor panggil aku.Tunjuk result aku,semua normal dan takda masalah.Happy aku time tu tak tergambar dengan kata-kata.Dia suggest aku untuk jumpe psikitri sebab dia sure apa aku alami ni adalah satu illness yang dipanggil anxiety disorder.

alhmdulilah,walaupun aku kehilangan kerja aku selepas beberapa bulan lepas perkhawinan aku.Its okay.Yup,after 6 years.Siapa sangka..aku diuji dengan ujian bertimpa-timpa.So far aku nekad nak bantu diri sendiri,rawat masalah aku ni.

oklah,next time aku akan share lebih banyak pasal anxiety

Saturday, 20 May 2017

My First Panic Attack.

Assalamualaikum(wbt)

aku mungkin tak banyak sangat cerita kisah penyakit aku iaitu Anxiety disorder,tapi yang aku pasti sebenarnya ramai yang diluar sana mengalami apa yang aku alami tapi tak tau apa patut dioarang lakukan.Apa itu anxiety disorder,cara cegah,apa faktornya.Insyallah aku bersedia share dengan korang step by step.Dan cara aku control.

untuk pengetahuan korang,hakikatnya aku masih belum sembuh dari penyakit ni.Tapi aku jujurnya tak pernah merasa bosan untuk menceduk ilmu pasal anxiety disorder ni.Dalam aku membantu diri aku sendiri,aku berpeluang bantu orang lain.Mungkin..insyallah
aku ade beberapa buku mengenai anxiety dan beberapa buku pasal lifestyle,sekf enrichment.

Hari ini aku share pengalaman aku,mengenai first attack aku.Benda ni jadi sewaktu aku berusia 15 tahun,sewaktu aku berada di tingkatan tiga.Sebenarnya aku rasa perasaan macam ni(anxiety)dah ada lama dalam diri aku.Tapi waktu tu aku rasa yang mungkin semua orang pun hadapi masalah sama.So aku rasa yang perasaan macam ni semua orang akan alami.Aku ada baca dalam sebuah buku berkaitan anxiety,malah pandangan ni pon disokong oleh psikitri yang aku jumpa di prince court dahulu.Anxiety ni dicetuskan oleh beberapa sebab antaranya Genetik,trauma/phobia,dadah,hormon dan penyakit fikizal walau bagaimanapun penyebab utama anxiety masih belum dapat diketahui.

berbalik pada kisah aku,waktu tu tingkatan tiga.Bila penat balik sekolah,dengan extra class lagi since dah dekat pmr,memang penat.Balik rumah sampai dalam pukul 3 setengah petang Berbasikal sejauh3 km mungkin lebih.Sampai kat rumah kadang kadang tanpa mandi dan makan terus aku berehat sampai terlena.Keadaan itu berlarutan mungkin hampir sebulan rasanya.Bangun bila hampir waktu maghrib kadang terbabas selepas maghrib itupun sebab ma kejutkan.



keadaan itu lama kelamaan buat aku jadi takut,berdebar-debar,rasa murung sangat.Sebenarnya dalam agama islam sendiri ada larangan pasal tidur selepas asar ni.Tapi waktu tu aku sendiri pun jujurnya takda pengetahuan sangat pasal tu.Ditambah dengan penat.So aku berpesan pada semua,tak kisah anda seorang wanita ke lelaki ke..kalau ada anak-anak suka tidur petang tu(selepas asar)jangan galakkan sangat.Disebabkan tu sampai sekarang aku tak tidur petang,mungkin kalau aku penat sangat,mungkin aku tertidur,tu pun jarang sangatlah.Aku fobia.

ok,selepas kejadian tidur petang yang dah jadi habit aku tu,aku mula kurang bercakap,aku mula kurang bergaul,aku rasa aneh sangat.Depan kawan aku berlagak biasa dalam jantung ni berdegup,resah,gelisah.Perasaan takut mati yang terlalu kuat.Pernah sekali waktu matapelajaran pendidikan islam.Waktu tu ustaz aku bercerita mengenai hari kiamat.Entah kenapa satu badan aku rasa sejuk.Aku rasa semua bulu roma ni terpacak macam satu kejutan yang hingap ke kepala jatuh ke hati gituh.

Bila aku dirumah aku banyak fikir mengenai kematian,macam mana keadaan aku di alam sana,macam orang tua ku selepas pemergian aku.Macam mana keadaan raya tanpa aku?adakah semua akan merindui aku?tiba-tiba air mata aku mengalir,perasaan itu tersangat sebak sekali.Kadang kadang depan ma dan abah pun aku nangis.Ma tanya kenapa?aku cuma cakap aku takut,tapi aku tak pernah explain dekat ma apa yang aku rasa.Aku takut nak bagitahu apa yang aku rasakan dekat ma.Sebab??sebab aku takut andai ini betul betul petanda Allah yang aku bakal "pergi"

Kemuncaknya bila nenek saudara aku yang sakit datang kerumah nenek dan tinggal dengan nenek aku.Rumah aku hanya beberapa meter dar rumah nenek.Masih aku ingat haritu petang kemungkinan dalam pukul 6.Nenek sendara kau betul betul dalam keadaan lemah sangat.Mukanya pucat,kiteorang tunggu kenderaan nak hantar nenek sedara aku ke hospital.Suasana petang tu lain macam,burung hantu pula bertenggek didahan durian memerhati kejadian petang itu.

Malam tu,aku tidur dengan ma,abah pulak bekerja.Sejak aku alami perasaan aneh,perasaan kematian dan menakutkan tu,aku sering tidor dengan ma.Aku rasa takut dan cuma inginkan seseorang yang aku percaya dan aku selesa.Jam 3 pagi,telefon ma berbunyi.Kami dimaklumkan bahawa nenek sedara aku telah meninggal.Pagi itu ma dan abah dan awal-awal lagi pergi menziarah dan menolong apa yang patut.Pagi tu aku hanya terbaring lesu,aku sejujurnya tolak pelawaan ma untuk menziarah arwah atas sebab takut yang terlalu kuat.

Berbaring sambil memikirkan nasibku.Mungkinkah aku insan seterusnya dalam keluarga ni yang akan pergi.Otak aku ligat berfikir tanpa memberi sikitpun ruang untuk berehat.Tetiba saat itu aku teringat pada kata-kata kawanku mengenai tanda-tanda kematian.Satu persatu aku lihat pada diri aku.Tanda-tanda itu seolah semua ada pada aku.Perasaan di bawah sedar aku memberi arahan pada perasaan separa sedar bahawa aku ada tanda kematian tu.Tak semena-mena aku menangis dengan kuat,menjerit-jerit.

Aku tak mampu tidur dengan tenang,bercakap dengan sesiapa,tak mampu untuk tersenyum pun.Aku takut,bahkan takut untuk tidur.Takda semangat untuk terus hidup.Bayangkan,dengan umur 15 tahun.Aku diuji dengan ujian hebat,penyakit yang melumpuhkan semangat aku.Pembelajaran aku.Sekarang aku tak anggap penyakit ni beban!tapi ujian.

Pada suatu malam,selepas solat maghrib ma dengan abah tanya apa masalah aku.Aku tak cakap panjang,aku cuma cakap

"takut"

takut dengan apa,tanya ma.

aku diam,aku takut nak cakap bahawa aku takut dengan perasaan kematian ni.Lama juga.

takut dengan perasaan nak mati ke?soal abah yang memecahkan segala kecelaruan aku waktu tu.

aku angguk.

owhhhh...(ma pun senyum kat abah)

start dari situ abah cerita pengalaman dia "handle"masalah anxiety dia yang hampir 20 thn.Abah cakap itu cuma perasaan jer.Dia dah bersama anxiety lama,ma aku lah saksinya.Ma pernah cakap abah bangun mlam hari buat solat hajat dan tahjudd semua itu sebab hadapi masalah sama macam aku.Ketakuan yang melampau.Jujurnya aku agak beruntung sebab aku ada abah yang bagi support,berkongsi sakit yang sama.Dan aku beruntung sebab sekarang macam macam cara untuk aku belajar,dalam masa sama merawat penyakit ni.Aku bayangkan waktu abah dulu,sapa bagi support untuk dia?mungkin ma aku..tapi waktu tu dia takda lagi pengetahuan bab mengawal anxiety,dengan sapa dia nak bercerita.



jujurnya perasaan macam ni bukan dibuat-buat.Siapa yang mengalaminya cuma tau siksa 
dia.Aku pernah anggap penyakit ni membebankan.Dari sudut baiknya,penyakit ni lah yang buat aku lebih berhati-hati,buat aku belajar banyak benda baru.Tak perlu malu pun untuk akui kau ade penyakit macam ni.Aku pernah diejek ade mental illness.Panggilah ape saja asalkan kau bahagia,sebab dalam keadaan macam ni kita tau sapa yang ade mental illness yang sebenar benarnya.

insyallah dalam lain entry aku akan share banyak lagi maklumat pasal ni.

lots of love
as

Tuesday, 16 May 2017

~THE GOSSIP GIRLS~

Assalamualaikum(wbt)

Aku langkah ke tempat kerja baru ni pada bulan september tahun 2016.Jadi aku dah bertugas sini sudah 8 bulan lebih.Aku belum sempat lagi update apa apa mengenai tempat baru yang mungkin hakikatnya dah tak sebaru yang disangka.Kahkah!
Agak lama jugak ambik masa untuk move on dari tempat lama dulu.Beza?terlalu banyak..
beza gaji,beza tugasan,beza dari banyak aspek.

Move on dari tempat lama yang dah kau berkhidmat hampir 6 tahun,terlalu banyak suka duka di tempat lama."tempat jatuh lagi dikenang,apatah lagi tempat mencari rezeki".
Dah cukup sebati dengan teman-teman disana.Ada yang dah di anggap ibarat kakak dan adik sendiri,tempat mengadu dan tempat bergosip(tu yang penting)tapi rezeki kat sana tak panjang.Atas sebab yang sehingga kini belum aku lupa..dan mungkin tak akan terlupa (*_*)

pernah jugak aku bekerja kat satu company ni.Sebagai kerani,tetapi suasananya tak sama,aku cuba bertahan.Tak mampu.Dan company sekarang ni yang aku mampu bekerja sehingga dah 8 bulan lebih alhamdulilah.Jujur aku katakan,company sekarang ni,buat aku rasa sama macam company dulu.Suasana "dulu" seakan sama dengan sekarang.Kawan kerja yang baik,tak sombong,suka bagi tunjuk ajar.Masalah bukan tak ada,ada je.Mana-mana tempat pun ada masalah yang akan timbul.Tapi bekerja disini keadaannya ceria.

tak lupa jugak,entry kalini..Adalah untuk ucapkan Selamat ulangtahun kelahiran untuk rakan sekerja aku Leez yang ke 20++ hahaha..thanks untuk tunjuk ajar yang dah diberikan.Moga ada rezeki untuk jumpa lagi sebab kawan ni dah resign.Hujung bulan ni..(berapa aribulan entah)is her last day here.Ni partner in crime ni..hahahah


leez(tudung itam) me(is the pipi pau)

and to my another two best buddies..


pece,umi,leez,me,kak liza
gambar ni di ambik waktu annual dinner haritu..(*_*)maaf,tak sempat nak cover perut,sadisnya gambar di atas!


(*_*)

dear gossip girls...

apa pun terjadi moga persahabatan ni tak sampai disini jer.Moga terus kekal walaupun kini tinggal kak liza and aku je kat sini(umi dah resign,dia dapat better offer).Moga moment2 sebelum ni setiasa je jadi kenangan antara kita.Ape pun korang pilih,moga sentiasa sukses dan terus berusaha.Kita yang tentukan diri kita siapa..bukan orang lain.Best of luck!

Sunday, 14 May 2017

SHORT VACAY TO MELAKA

Assalamualaikum(wbt)

curi curi masa untuk update,kalah menteri je gayanya..almaklumlah dekat PRU kan?eh...salah!dekat raya maksud hamba tadi.

GuyS,before this memang aku sempat belajar dekat Melaka satu semester!satu sem je..tadi dalam masa satu sem tu memang tak sempat lagi aku jelajah bandar raya bersejarah tu,kelakar kan??eh...tak eh.Ok.Aku memang teringin je nak cuti and berjalan kat sana. Bagaikan mengantuk disorongkan bantal kata pepatah melayu bila husband aku ajak pi short vacay kat melaka sempena birthday aku..Tahun lepas aku holiday kat genting tapi memang kurang best sebab memang takde pape yang attractive!sorry genting,i have to be honest..uhukkkk!

eh terasa jakun pulak dapat bercuti kat melaka..wuhuuuu.But thanks to dear google sebab aku banyak info dari google and blogger-blogger yang banyak buat review pasal melaka.Dan aku memang spent masa tu dengan berfaedah sekali sesuai dengan pepatah menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan..gitewww!

kiteorang bertolak pagi tapi ke bangi dulu sebab aku kene settlekan few things yag dah lama delay.Dah settle terus gerak ke Melaka dari bangi.First destination aku adalah water theme park  yang berada dalam kawasan Afamosa resort.Waktu tu tiket dia dalam Rm 50++ including lunch.

TICKET:RM 50++(PLUS LUNCH)
LOCKER:RM 6(KECIK PUNYA-UNTUK SIMPAN BARANG)
DOUBELE TUBE:RM 15(+RM 15 UNTUK DEPOSIT)







Dekat water park aku tak banyak ambik gambar,laki bini sebuk duk mandi.huhuhu..macam tak pernah jumpa air pulak kekdahnya.

mandi punya mandi waktu dah petang,kteorang tukar baju and pergi lunch cepat cepat sebab lunch time end on 5pm ke 6 pm dah tapi diorang memang inform waktu korang beli tiket.So no worries.Biasanya bab penginapan aku selalu book online and lebih awal untuk dapat rate yang lebih rendah tapi since ni adalah short vacay yang so suddenly,unplanned!kiteorang menapakla dari satu hotel ke hotel lain and mostly semua hotel adalah fully booked.Sebab kteorang pergi waktu weekend and school holiday.

Aku gagahkan jugak tangan..ceh bunyinya macam dah nazak sangat tu.Aku pun ligat buat online booking,search punya search dapat la satu hotel yang bagi aku sangat selesa.Call hotel tu dan terus book on the spot!kalau tidak tak pasal aku tido kali lima..hahahah
berejam jugak aku cari hotel tu,benda tak pernah pergi.Tempat yang korang tak familiar gitulah jadinya.Cari punya cari nun belakang jonker walk

receiption(ihsan dari google sebab aku sampai malam ni siang)





view malam hari
so far hotel memang selesa dari bed sampai ke toilet aku puas hati.Sampai dalam pukul 9 malam.Check in,mandi and rehat jap terus keluar cari makan dan pusing jonker walk.Ikutkan memang penat tapi alang alang dah dah sampai melaka kan.Jalan sampai lebam


selipar tu yang mahal


dah puas ronda kiteorang balik bilik

the next day...

oh lupa,bilik kami include breakfast untuk dua orang.Dan makanan dia memang sedap.Sambal nasi lemak dorang memang terbaik!Memula aku ambik kuew tiaw goreng je sebab aku ni kalau bab makan nasi lemak sambal nak kena padu.Aku cuba husband punya nasi lemak sikit bila dah rasa aku terus gi ambik sendiri.Antara menu dorang ade nasi lemak,bubur,kuih muoh,kopi,teh,fresh juice and fresh milk and got some more food yang memang menyelerakan ibarat dirumah sendiri gituh








lepas breakfast semua tu.Kiteorang ke muzium kapal selam.

RM 5/PER

RM 3 UNTUK AUDIO SEKALI(SEWA)

after dah pusing and panjat panjat kapal tu kiteorang pergi naik river cruise.Ramai cakap waktu malam lagi seronok..well we got no time la..sobbb..






kiteorang ade pergi menara taming sari jugak..suami beriya nak naik tapi satu je kelemahan hamba.. saya takut tinggi bangggg.

dataran pahlawan pon sempat pergi tapi to end our short vacay tu kiteorang gi makan mee besen oriiiiiii.Ambi, giliran kau..ramai dia tu sampai bukak dua buah khemah depan kedai untuk tunggu giliran.Kteorng pergi sejam sebelum kedai beroperasi dan kiteorang dapat nombor 12.